Thursday 24 May 2012

Gincu tiga dalam satu

WANITA dan gincu memang sukar dipisahkan. Sejak ia dipopularkan Cleopatra, gincu memainkan peranan penting dalam tatarias wajah dan mampu mengubah penampilan seseorang wanita.
Pelbagai jenis gincu kini berada di pasaran dan setiap satunya bertindak memberi suntikan warna bagi meningkatkan mood serta gaya solekan diingini.
Seiring perkembangan teknologi kosmetik, gincu juga tidak terkecuali mengalami gelombang revolusi apabila muncul gincu unik yang tampil dengan bermacam kelebihan untuk kulit bibir.

Avon antaranya, hadir dengan gincu Shine Attract dengan gel luaran berpelembap yang pertama di dunia bagi memberikan kelembapan serta kilauan warna berpanjangan pada bibir.


Menurut Pengarah Urusan Avon Malaysia, Carolyn Nur Amira Lee, gincu Shine Attract ini bukan saja menjurus kepada teknik solekan mudah malah lambang kepada wanita era moden.

“Wanita zaman ini mengejar masa dan tidak berpeluang berdandan lama di depan cermin. Justeru, gincu Shine Attract ini memudahkan wanita bersolek apabila gincu, pelembap dan pengilat bibir digandingkan dalam satu produk.

“Fokus utamanya ialah lembapan berkekalan yang mengelilingi teras warnanya, lalu memberikan perlindungan berpanjangan pada bibir serta mengelakkannya merekah apabila terdedah kepada alam sekeliling.

“Menariknya, gincu ini juga membuatkan warna tahan lama pada bibir walaupun selepas makan dan minum,” katanya.

Menerusi rumusan gel berhidrat tinggi, Shine Attract tidak meninggalkan kesan melekit dan pigmen warnanya dilapisi tekstur gel ringan agar warna melekap cantik di bibir.

Selain itu, Shine Attract turut diperkaya dengan vitamin A dan E serta kandungan SPF 15 agar bibir tidak terdedah kepada selaran matahari, sekali gus membuatkan bibir sihat dan menarik sepanjang hari.

Hadir dalam 10 pilihan rona, Shine Attract yang dilancarkan di seluruh negara Ahad lalu kini boleh didapati di semua wakil Avon pada harga promosi RM27.90.

Layari www.my.avon.com atau kunjungi butik kecantikan Avon untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment