PERKARA yang membezakan kamera kompak terbaharu Olympus, TG-1 dengan 
model-model lain yang berada di pasaran ialah pada bukaan maksimum lensa
 iaitu f2.0. Ia mampu memberikan imej yang terang dan jelas terutamanya 
pada waktu malam. 
Dengan bukaan lensa yang maksimum, pengatup kelajuan kamera tersebut 
juga lebih pantas sehingga lensanya diklasifikasi sebagai lensa yang 
berkelajuan tinggi.
Bukaan lensa itu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk merakam 
gambar pada waktu malam dan cuaca buruk walaupun dengan kadar cahaya 
tidak mencukupi. 
Kelajuan ISO kamera sentiasa rendah bagi mengurangkan kekotoran pada imej sekali gus mampu untuk menghasilkan imej yang cantik. 
Melalui teknologi iHS, gabungan sensor CMOS dan pemproses imej SLR 
TruePic VI mampu meningkatkan kelajuan operasi kamera melalui tiga 
kaedah iaitu semasa kamera dihidupkan, ketika lensa kamera berada pada 
mode fokus dan apabila menggunakan fungsi-fungsi lain semasa 
penggambaran.
Fungsi GPS kelajuan tinggi juga mampu untuk mengesan maklumat lokasi 
penggambaran dengan merakam informasi tempat dalam bentuk imej. Data 
disimpan dalam simpanan kad SD dan sesuai untuk fotografi lokasi luar.
GPS bagi kamera itu bermula dari titik mula pengguna kamera sehingga 
maklumat lokasi yang ingin dituju ditemui kerana maklumat lokasi dikesan
 melalui satelit. 
TG-1 menawarkan 4x lensa zoom yang memaparkan imej yang luas, 25 
sehingga 100 milimeter (mm) bersamaan dengan imej yang dipapar menerusi 
lensa telefoto. Uniknya, kamera itu juga mempunyai fungsi penukaran 
kanta kalis air. 
TOUGH TG-1 juga dilengkapi dengan lensa fish-eye yang membolehkan 
pengguna menghasilkan gambar pada sudut yang lebih luas. Penggunaan 
lensa tele turut mampu mendapatkan sudut imej bersamaan dengan 170mm.

 
 
No comments:
Post a Comment